BRANCH | SECURITY DIVISION
» ABOUT US » BRANCH

BRANCH

CAWANGAN KAWALAN AKSES (ZON A)

 

  • Membuat tapisan kenderaan / individu yang keluar masuk ke dalam zon akademik. 
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang berurusan dengan universiti.
  • Memeriksa kenderaan yang mencurigakan ketika keluar dari kampus.
  • Membantu tunjuk arah kepada pelawat.
  • Tel : 03-8946 7952 / 7047

 


CAWANGAN KAWALAN AKSES (ZON B)

 

  • Membuat tapisan kenderaan / individu yang keluar masuk ke dalam zon kolej dan ladang.
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang berurusan dengan universiti.
  • Memeriksa kenderaan yang mencurigakan ketika keluar dari kampus.
  • Membuat rondaan di sekitar kawasan kolej, ladang, makmal dan fakulti.
  • Membantu tunjuk arah kepada pelawat.
  • Tel : 03-8946 7952 / 7047

 


CAWANGAN KESELAMATAN PUCHONG

 

  • Membuat tapisan kenderaan / individu yang keluar masuk ke dalam Ladang Puchong dan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
  • Mengeluarkan pas pelawat kepada orang awam yang berurusan dengan universiti.
  • Memeriksa kenderaan yang mencurigakan ketika keluar dari kampus.
  • Membuat rondaan di sekitar kawasan Ladang Puchong dan Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
  • Membantu tunjuk arah kepada pelawat.
  • Tel : 03-8060 9426

 


CAWANGAN SIASATAN JENAYAH

 

  • Menjalankan siasatan kepada kes jenayah yang dilaporkan berlaku dalam kampus.
  • Menjalankan tugas-tugas pemantauan dan intipan bagi membenteras aktiviti jenayah dalam kampus.
  • Bekerjasama dengan pihak polis dengan cara bertukar-tukar maklumat risikan berkaitan jenayah dan apa-apa aktiviti atau gerakan yang boleh mengancam keselamatan dan keamanan Universiti.
  • Tel : 03-8947 1499 / 1498

 

CAWANGAN TRAFIK

 

  • Mengawal aliran trafik dalam kampus semasa waktu puncak.
  • Mengawal aliran trafik ketika aktiviti rasmi universiti berlangsung.
  • Menguatkuasakan peraturan lalulintas dalam kampus. 
  • Menyediakan papan tunjuk arah untuk aktiviti universiti.
  • Memberi bantuan kecemasan semasa berlaku kemalangan 
     atau bencana alam.
  • Tel : 038946 6113

 

PEJABAT OPERASI

 

  • Sebagai pusat operasi dan komunikasi kepada semua cawangan di dalam Bahagian Keselamatan.
  • Menerima dan menghantar laporan berkaitan dengan aspek keselamatan dalam UPM.
  • Sebagai pusat pengumpulan rekod dan statistik operasi jabatan.
  • Bertindak sebagai operator panggilan kecemasan dalam UPM.
  • Bertindak sebagai operator kepada Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di seluruh kawasan kampus UPM.
  • Tel : 03-8946 7990 / 7470

 

CAWANGAN KERETA PERONDA (MPV)

 

  • Menjalankan tugas rondaan keselamatan berkereta di seluruh kawasan kampus.
  • Mengiringi kenderaan tetamu kehormat universiti.
  • Memberi bantuan kecemasan semasa berlaku kes jenayah, kemalangan atau bencana alam.
  • Tel: 03-8946 7952 / 7047

 

CAWANGAN DASAR & INTEGRITI

 
  • Menguruskan hal ehwal dasar, disiplin dan latihan anggota keselamatan.
  • Bekerjasama dengan pihak Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) PDRM bagi menyelaras keperluan-keperluan dan peraturan-peraturan pasukan polis bantuan.
  • Mengambil tindakan disiplin kepada anggota keselamatan yang melanggar peraturan jabatan.
  • Merancang latihan untuk anggota keselamatan dan staf pentadbiran.
  • Tel : 03-8947 2038

Updated:: 05/09/2018 [mi_nidzam]

MEDIA SHARING

C1542287196