Kawalan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Kawalan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian

Kawalan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian

18 Januari 2023 – Universiti Putra Malaysia telah menerima kehadiran YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Bangunan Canselori Putra UPM. Kehadiran beliau bagi mempengerusikan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Kementerian (MTPK) Universiti Awam telah disambut oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM serta pegawai-pegawai kanan Universiti. Bahagian Keselamatan Universiti (BKU) telah diamanahkan untuk menjalankan kawalan keselamatan program serta semua tetamu kehormat bagi memastikan mesyuarat yang diadakan berjalan dengan lancar. Mesyuarat yang membincangkan perancangan pembangunan Universiti Awam itu turut disertai oleh wakil universiti-universiti lain antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Unversiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | roshaizak

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEQWAx~