Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang

2 Oktober 2019 - YDH ACP Azlan Bin Abu (Pengarah Keselamatan) bersama beberapa orang pegawai kanan Polis Bantuan UPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang bagi mengukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan kampus UPM. Antara perkara-perkara yang disentuh di dalam pertemuan tersebut ialah persetujuan untuk bertukar-tukar maklumat risikan jenayah bagi mencegah aktiviti jenayah dalam kampus dan pengesahan kepada persempadanan daerah polis di dalam kampus UPM Serdang. Terima kasih diucapkan kepada YDH ACP Ahmad Dzaffir Bin Mohd Yussof selaku Ketua Polis Daerah IPD Kajang serta para pegawai beliau kerana sudi menerima kehadiran kami.

Tarikh Input: 03/10/2019 | Kemaskini: 03/10/2019 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEYAA6~