Kursus Asas Pengawal Keselamatan Siri 1/2020 | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Kursus Asas Pengawal Keselamatan Siri 1/2020

Kursus Asas Pengawal Keselamatan Siri 1/2020

24 Januari 2020 - Bahagian Keselamatan UPM telah mengadakan Majlis Penutupan Kursus Asas Pengawal Keselamatan Siri 1/2020 di Pejabat Bahagian Keselamatan. Kursus yang telah berlangsung dari 20-24 Januari 2020 tersebut telah dihadiri oleh seramai 5 orang Pengawal Keselamatan (KP11) baharu bertujuan menerapkan kemahiran dan ilmu asas sebagai anggota keselamatan sebelum mula bertugas. Peringkat seterusnya mereka akan menghadiri Kursus Asas Polis Bantuan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak PDRM. Antara yang disentuh di dalam kursus tersebut ialah Latihan Kawad, Latihan Jasmani, Arahan Kerja Trafik, Kawalan Akses, Rondaan Keselamatan, Siasatan Dalaman, Pengendalian Alat Perhubungan, Penulisan Laporan dan sebagainya.

Tarikh Input: 24/01/2020 | Kemaskini: 24/01/2020 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEaDAA~