6 Ogos 2019 - Seramai 17 orang pegawai dan anggota Polis Bantuan UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor dan Kampus Sg. Petani, Kedah yang diketuai oleh DSP/PB Mohd Iqbal Bin Abdullah telah mengadakan lawatan kerja ke Polis Bantuan UPM. Antara objektif lawatan ialah bagi bertukar-tukar pandangan mengenai tugas kepolisan dalam kampus selain mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak. Antara perkara yang disentuh ialah tugas penguatkuasaan lalulintas, sistem syif kerja, perkhidmatan luar (outsource) dan sebagainya. Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Polis Bantuan UiTM Kampus Puncak Alam, Selangor dan Kampus Sg. Petani, Kedah kerana sudi bertandang ke UPM.
Tarikh Input: 06/08/2019 | Kemaskini: 06/08/2019 | miorazham
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan MALAYSIA