Majlis Iftar Mega Putra 3.0 Universiti Putra Malaysia | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Majlis Iftar Mega Putra 3.0 Universiti Putra Malaysia

Majlis Iftar Mega Putra 3.0 Universiti Putra Malaysia

13 April 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah mengadakan Program Iftar Mega 3.0 bertempat di Dewan Besar UPM (PKKSSAAS). Program yang telah diadakan buat kali kedua ini telah berjaya menarik penyertaan kira-kira 1500 orang pelajar dan staf untuk bersama-sama berbuka puasa di perkarangan Dewan Besar.
 
Walaupun sepanjang program berlangsung hujan turun dengan lebat tetapi ia tidak mematahkan semangat para pengunjung dan program tetap disambut meriah. Seramai 23 orang anggota dan pegawai Bahagian Keselamatan terlibat dalam kawalan keselamatan program ini dan telah memberikan komitmen yang baik terutamanya ketika mengawal pergerakan pelajar dan staf masuk ke dewan.
 
Kehadiran YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo (Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti) serta barisan Ahli Lembaga Pengarah Universiti juga menambahkan seri majlis yang berlangsung. Turut diadakan majlis penyerahan sumbangan kepada pelajar kategori B40 dan sumbangan-sumbangan lain yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman (Naib Canselor UPM).
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 22/05/2023 | Kemaskini: 30/05/2023 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEYHAD~