14 Mac 2023 – Majlis ikrar dan taklimat pelajar baharu Pasca Siswazah Sesi 2022/2023 UPM telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS). Majlis yang dihadiri seramai 633 orang pelajar dari pelbagai bidang kursus ini dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail (Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UPM) yang juga menerima ikrar semua pelajar baharu. Selain dari Kampus UPM Serdang, majlis ini turut disertai oleh pelajar baharu UPM Kampus Bintulu (UPMKB) Sarawak secara atas talian.
Tarikh Input: 25/04/2023 | Kemaskini: 28/04/2023 | miorazham
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan MALAYSIA