Majlis Perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Majlis Perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM

Majlis Perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS), UPM

28 Februari 2023 – Majlis Perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah UPM (HSAAS) telah diadakan pada hari ini yang disempurnakan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Tuanku Canselor UPM.
 
HSAAS sebelumnya dikenali sebagai Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah dijenamakan semula sebagai pengiktirafan kepada usaha warga universiti yang memainkan peranan yang amat penting terhadap pembangunan negara terutamanya dalam bidang perubatan bersesuaian dengan aspirasi UPM ‘Sederap Melangkah Menuju Al-Falah’.
 
Bahagian Keselamatan UPM sekali lagi diberikan amanah oleh pihak Universiti untuk mengadakan kawalan keselamatan dengan kerjasama pihak PDRM bagi memastikan majlis tersebut berjalan lancar. Majlis dimulakan dengan sembah ucapan oleh Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman dan disusuli dengan titah perasmian Hospital Sultan Abdul Aziz Shah oleh DYMM Tuanku Canselor yang seterusnya menandatangani plak perasmian.
 
Dalam majlis tersebut DYMM Tuanku Canselor juga berkenan menyerahkan Dana Wakaf Ambulans sebanyak RM100,000.00 oleh Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat Dan Endowmen, UPM (WAZAN) kepada Pengurusan HSAAS, UPM. DYMM Tuanku Canselor juga berkenan mencemar duli bagi membuat lawatan di dalam hospital dan tapak pameran di lobi utama.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 25/03/2023 | Kemaskini: 07/04/2023 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEZBAz~