10 Mei 2023 - Bahagian Keselamatan (BKU) bersama dengan PTJ-PTJ Kluster 8 terdiri daripada ASPER, INTROP dan PPKKP telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat UPM bertempat di Dewan OSH, PPKKP. Antara juadah yang disediakan untuk tetamu yang hadir adalah lemang & rendang (BKU), sate & nasi impit (ASPER), nasi tomato (INTROP), bihun sup dan laksa utara (PPKKP) dan pelbagai jenis minuman. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor UPM, YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman bersama-sama beberapa orang pegawai kanan universiti.
Tarikh Input: 29/05/2023 | Kemaskini: 30/05/2023 | miorazham
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan MALAYSIA