Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam

Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam

26 Ogos 2022 - DSP/KS Norazlan bin Mohammed (Pengarah Keselamatan UPM) bersama Insp/PB Mohd Affendi bin Abd Manaf telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengarah Keselamatan Universiti Awam (UA) Malaysia Kali Ke-27 yang telah diadakan pada 26-28 Ogos 2022 bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Antara agenda yang dibincangkan ialah cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan KP (Keselamatan & Pertahanan Awam), penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan keselamatan, perlantikan jawatankuasa baharu dan sebagainya. Selain itu juga antara objektif mesyuarat ini diadakan adalah memperkukuhkan hubungan kerjasama antara entiti keselamatan UA bagi mendepani cabaran-cabaran keselamatan kampus masa kini.

Tarikh Input: 27/09/2022 | Kemaskini: 28/09/2022 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEUUA2~