Operasi Bersepadu Polis Bantuan UPM Dan PDRM | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Operasi Bersepadu Polis Bantuan UPM dan PDRM

Operasi Bersepadu Polis Bantuan UPM dan PDRM

6 November 2019 - Seramai 11 orang anggota dan pegawai dari Cawangan Trafik dan Cawangan Siasatan Jenayah Polis Bantuan UPM bersama 6 orang anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang telah mengadakan operasi bersepadu di Pintu 1 dan Pintu 3 UPM dari jam 1000-1200 hrs. Operasi diadakan bertujuan bagi menguatkuasakan peraturan lalulintas dalam kampus dan pemeriksaan pasport ke atas warganegara asing yang berurusan dalam UPM. Sebanyak 118 saman lalulintas telah dikeluarkan oleh pihak PDRM dan Polis Bantuan UPM dalam operasi tersebut atas pelbagai jenis kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1952 dan Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005.

Tarikh Input: 06/11/2019 | Kemaskini: 06/11/2019 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXESMA6~