Perhimpunan Staf Polis Bantuan / Bahagian Keselamatan UPM Tahun 2020 | BAHAGIAN KESELAMATAN
» BERITA » Perhimpunan Staf Polis Bantuan / Bahagian Keselamatan UPM Tahun 2020

Perhimpunan Staf Polis Bantuan / Bahagian Keselamatan UPM Tahun 2020

13 Februari 2020 - Polis Bantuan UPM telah mengadakan Majlis Perhimpunan Staf Tahun 2020 bertempat di Padang Kawad UPM. Antara pengisian program ini adalah nyanyian lagu Negaraku, Putra Gemilang dan Polis Sedia Berkhidmat, bacaan Ikrar Integriti Penjawat Awam, penyampaian Sijil Penghargaan dan penyampaian amanat daripada YDH ACP Azlan Bin Abu (Pengarah Keselamatan UPM). Antara intipati daripada amanat tersebut ialah warga Polis Bantuan UPM diingatkan supaya meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjadikan kampus UPM sebagai kampus selamat dan harmoni selaras dengan hasrat pihak pengurusan UPM dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan UPM berada di dalam 100 buah universiti terbaik dunia.

Tarikh Input: 13/02/2020 | Kemaskini: 14/02/2020 | miorazham

PERKONGSIAN MEDIA

LIHAT JUGA
BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEaIA1~