16 Julai 2022 - TM dengan kerjasama UPM, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Yayasan Hijau Malaysia telah mengadakan Majlis Perasmian Program Kelestarian Hari Esok TM: Kempen Penanaman Pokok Sempena Kehijauan Malaysia bertempat di SISFEC, Hitam Simpan Ayer Hitam Puchong yang disempurnakan oleh YB Datuk Ali Biju (Timb. Menteri Tenaga dan Sumber Asli). Turut hadir YBhg. Dato’ Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad (Pengarah Pusat Strategik dan Perhubungan Korporat, UPM). Antara objektif program adalah memupuk sifat cintakan alam sekitar kepada masyarakat terutamanya generasi muda yang akan mewarisi khazanah negara di masa akan datang.
Tarikh Input: 29/07/2022 | Kemaskini: 28/09/2022 | miorazham
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan MALAYSIA