SOALAN LAZIM | BAHAGIAN KESELAMATAN
» SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM

SAMAN
1
Mengapakah saya diberikan Notis Kesalahan Lalulintas?

Anda diberikan Notis Kesalahan Lalulintas kerana telah melanggar peraturan lalulintas yang berkuatkuasa di dalam kampus berdasarkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, Kaedah-Kaedah Universiti Putra Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2005. Oleh itu, pihak Bahagian Keselamatan berhak mengenakan saman kepada pesalah demi memastikan keadaan kampus berada di dalam keadaan selamat dan terkawal.

2
Berapakah jumlah saman bagi setiap satu kesalahan?

RM50.00 akan dikenakan bagi satu kesalahan.


PELEKAT KENDERAAN
3
Bagaimanakah cara untuk memohon Pelekat Kenderaan?

Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikembalikan semula kepada petugas kaunter Bahagian Keselamatan untuk diproses.

4
Apakah syarat-syarat untuk memohon Pelekat Kenderaan?

Sila rujuk laman web Bahagian Keselamatan di bahagian 'Perkhidmatan'


PAPAN TANDA ARAH
5
Bagaimanakah cara untuk memohon perkhidmatan Papan Tanda Arah?

Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikembalikan semula dalam 2 salinan kepada Bahagian Keselamatan 3 hari sebelum hari kejadian untuk diproses.


PENGIRINGAN KENDERAAN
6
Bagaimanakah cara memohon perkhidmatan Pengiringan Kenderaan?

Dapatkan borang permohonan di kaunter Bahagian Keselamatan atau muat turun dari laman web Bahagian Keselamatan. Borang tersebut perlu dilengkapkan dan dikembalikan semula dalam 2 salinan kepada Bahagian Keselamatan 3 hari sebelum hari kejadian untuk diproses.

Kemaskini:: 08/06/2017 [miorazham]

BAHAGIAN KESELAMATAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6114
03-9769 7930
B1566388569