Credentials Submission UPM Auxiliary Police | SECURITY DIVISION
» NEWS » Credentials submission UPM Auxiliary Police

Credentials submission UPM Auxiliary Police

 

 

 

 

24/6/2013 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menubuhkan pasukan Polis Bantuan bagi meningkatkan tahap keselamatan kampus ke arah menjadikan kampus UPM sebagai ‘Kampus Selamat’. Penubuhan Polis Bantuan ini membolehkan seseorang pegawai / anggota keselamatan menjalankan tugas-tugas kepolisan dalam kawasan kampus serta memiliki kuasa yang sama seperti seorang pegawai polis yang setaraf pangkatnya semasa menjalankan tugas.

Dalam satu majlis di Dewan Taklimat Serdang UPM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Khalid Abu Bakar telah menganugerahkan Surat Watikah Polis Bantuan kepada Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

Tan Sri Datuk Seri Khalid berkata dalam ucapan beliau pasukan Polis Bantuan bukan sahaja berfungsi sebagai ‘mata dan telinga’ kepada PDRM tetapi sebagai unit sokongan / bantuan kepada PDRM dalam sesuatu situasi yang diperlukan.

 

 

 

 

Date of Input: | Updated: 29/05/2019 | miorazham

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEaFAk~