Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Serdang Ke UPM | SECURITY DIVISION
» NEWS » Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Serdang ke UPM

Kunjungan Hormat Ketua Polis Daerah Serdang ke UPM

 
 
 
 
03 Disember 2020 - Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Polis Daerah Serdang, YDH ACP Razali Abu Samah bertempat di Bilik Lembaga, Aras 1, Bangunan Canselori Putra, UPM.
 
Selain daripada sesi perkenalan dan mewujudkan jalinan kerjasama antara dua pihak, antara tujuan kunjungan juga adalah bagi membincangkan isu-isu keselamatan dalam kampus seperti penglibatan pelajar antarabangsa dalam organisasi pelampau, pilihanraya pelajar dan isu pencerobohan Hutan Simpan Air Hitam, Puchong (HSAH).
 
Turut hadir bersama YBhg. Prof. Dr. Arifin Abdu (Timb. Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)), YBhg. Prof. Dr. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin (Timb. Naib Canselor (Jaringan Industri & Masyarakat)), YDH ACP Azlan bin Abu (Pengarah Keselamatan), Prof. Dr. Daud Ahmad Israf Ali (Pengarah Pusat Strategi & Perhubungan Korporat), Prof. Dr. Hazandy Abdul Hamid (Dekan Fakulti Perhutanan & Alam Sekitar), YDH Supt. Mohd Rosli bin Daud (Timb. Ketua Polis Daerah Serdang), ASP Mohd Jamil bin Mohd Khalid (Ketua Polis Balai Serdang) dan Ketua-Ketua Bahagian Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Date of Input: 04/12/2020 | Updated: 04/12/2020 | miorazham

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEUDAC~