Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan Ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) | SECURITY DIVISION
» NEWS » Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

Kunjungan Hormat Pengarah Keselamatan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)

9 Oktober 2019 - YDH ACP Azlan Bin Abu (Pengarah Keselamatan UPM) bersama beberapa orang pegawai kanan Polis Bantuan UPM telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi mewujudkan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha membenteras najis dadah di dalam kawasan kampus. Antara persetujuan yang dicapai ialah pihak AADK dengan kerjasama Polis bantuan UPM akan mengadakan program TEKAD (Tempat Kerja Bebas Dadah) di UPM bagi memastikan semua staf UPM bebas dari unsur penyalahgunaan dadah. Selain itu juga Polis Bantuan UPM bersetuju untuk membantu pasukan Polis Bantuan AADK dalam aspek latihan dan kemudahan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kepolisan di kalangan anggota Polis Bantuan AADK. Terima kasih diucapkan kepada YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah selaku Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta para pegawai beliau kerana sudi menerima kunjungan kami.

Date of Input: 09/10/2019 | Updated: 09/10/2019 | miorazham

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXETLAZ~