Latihan Kecergasan Fizikal Staf BKU | SECURITY DIVISION
» NEWS » Latihan Kecergasan Fizikal Staf BKU

Latihan Kecergasan Fizikal Staf BKU

6 April 2019 - Bahagian Keselamatan UPM (BKU) dengan kerjasama Fakulti Perhutanan UPM telah mengadakan program Latihan Kecergasan Fizikal di Sultan Idris Shah Forestry Education Center (SISFEC), Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong. Antara objektif program adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan semangat ‘esprit de corps’ di kalangan anggota dan pegawai dalam pasukan.

Seramai 30 anggota, 3 pegawai, 5 staf pejabat BKU dan diiringi oleh 3 orang pegawai Renjer Hutan SISFEC telah terlibat dengan program ini. Sepanjang program berlangsung banyak perkara yang dikongsi oleh Pegawai Renjer SISFEC kepada peserta diantaranya ialah spesis-spesis tumbuhan dan haiwan yang terdapat di hutan simpan tersebut serta ancaman-ancaman yang sering dihadapi dalam proses melestarikan khazanah negara tersebut.

Date of Input: 28/05/2019 | Updated: 29/05/2019 | miorazham

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXEZHAd~