Majlis Bacaan Surah Yasin Dan Penyerahan Sijil Penghargaan | SECURITY DIVISION
» NEWS » Majlis Bacaan Surah Yasin dan Penyerahan Sijil Penghargaan

Majlis Bacaan Surah Yasin dan Penyerahan Sijil Penghargaan

10 Januari 2020 - Bahagian Keselamatan UPM telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Insp/PB Rizan Bin Kabul yang telah bertukar tempat tugas ke Hospital Pengajar UPM kerana dinaikkan pangkat ke jawatan Penolong Pegawai Keselamatan. Majlis bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Al-Fadil Ustaz Mohd Zaki Bin Zakaria selaku Imam Masjid Jamek Batu 14, Puchong. Di antara tujuan bacaan Surah Yasin diadakan juga adalah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Abu Bin Nordin iaitu bapa kepada Pengarah Keselamatan (YDH ACP Azlan Bin Abu) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 7 Disember 2019 dan Allahyarham DSP/PB Ahmad Razei Bin Abu Bakar iaitu bekas Pegawai Keselamatan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 15 Disember 2019. Al-Fatihah.

Date of Input: 10/01/2020 | Updated: 10/01/2020 | miorazham

MEDIA SHARING

SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 6114
03-9769 7930
C1586245445