Perhimpunan Staf Bahagian Keselamatan UPM (Januari 2021) | SECURITY DIVISION
» NEWS » Perhimpunan Staf Bahagian Keselamatan UPM (Januari 2021)

Perhimpunan Staf Bahagian Keselamatan UPM (Januari 2021)

4 Januari 2022 - Polis Bantuan UPM telah mengadakan Majlis Perhimpunan Staf Tahun 2021 bertempat di Padang Kawad UPM dengan menitikberatkan SOP norma baharu. Antara pengisian program ini adalah nyanyian lagu Negaraku, Putra Gemilang dan Polis Sedia Berkhidmat, bacaan Ikrar Integriti Penjawat Awam, penyampaian Sijil Penghargaan dan penyampaian amanat daripada YDH DSP/KS Norazlan bin Mohamed (Pengarah Keselamatan UPM). Antara intipati daripada amanat tersebut ialah warga Polis Bantuan UPM diingatkan supaya sentiasa menjauhi amalan rasuah dan penyalahgunaan najis dadah, tidak menyalahgunakan kemudahan cuti sakit (mc) serta beriltizam untuk meningkatkan mutu perkhidmatan bagi menjadikan kampus UPM sebagai kampus selamat dan harmoni selaras dengan hasrat pihak pengurusan UPM dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan UPM berada di dalam 100 buah universiti terbaik dunia.

Date of Input: 04/01/2022 | Updated: 28/09/2022 | miorazham

MEDIA SHARING

SEE ALSO
SECURITY DIVISION
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
03-9769 8005
03-9769 6114
SXESNAL~