PELEKAT KENDERAAN KHAS (ORANG KURANG UPAYA) | BAHAGIAN KESELAMATAN
» PERKHIDMATAN » PELEKAT KENDERAAN KHAS (ORANG KURANG UPAYA)

PELEKAT KENDERAAN KHAS (ORANG KURANG UPAYA)

Pelekat Kenderaan Khas dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan UPM (BKU) untuk pengguna-pengguna kenderaan dalam kampus yang mempunyai masalah kesihatan atau dikategorikan sebagai orang kurang upaya. Pemohon dikehendaki mengisi borang Permohonan Pelekat Kenderaan Khas (Orang Kurang Upaya) (OPR/BKU/BR01/PELEKAT04) yang boleh diperolehi dari Kaunter Pejabat Bahagian Keselamatan atau laman web BKU dan dikehendaki membawa bersama-sama:-

 

  • Salinan Kad Matrik atau Kad Staf atau Kad Pengenalan

  • Salinan lesen memandu yang sah

  • Surat pengesahan kebenaran menggunakan kenderaan dari pemilik kenderaan sekiranya kenderaan bukan kepunyaan pelajar berkenaan (Pelajar sahaja).

  • Surat pengesahan penyakit dari doktor (Pusat Kesihatan Universiti UPM atau Hospital Kerajaan).

Kemaskini:: 12/09/2018 [mi_nidzam]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566390260