PELEKAT KENDERAAN PELAJAR | BAHAGIAN KESELAMATAN
» PERKHIDMATAN » PELEKAT KENDERAAN PELAJAR

PELEKAT KENDERAAN PELAJAR

Pelekat Kenderaan Pelajar dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan bagi tujuan pendaftaran kepada kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh para pelajar di dalam kampus. Kelayakan untuk mendapatkan pelekat ini ialah:- 
   

PELEKAT KENDERAAN - KERETA
   

  1. Pelajar Program Master dan Phd ; atau

  2. Pelajar tahun akhir (Perlu sertakan salinan daftar subjek) ; atau

  3. Pelajar bukan tahun akhir tetapi membuat latihan amali/projek. (Perlu sertakan surat pengesahan daripada penyelia dan dimajukan kepada Pengarah Keselamatan untuk mendapatkan kelulusan) ; atau

  4. Pelajar Luar Kampus ; atau

  5. Pelajar yang memegang jawatan dalam Majlis perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Tertinggi Mahasiswa (MTM). (Perlu menghantar senarai nama MPP dan MTM setiap kolej kepada Pengarah Keselamatan).
      


PELEKAT KENDERAAN - MOTOSIKAL 

  1. Pelajar Program Master dan Phd; atau

  2. Pelajar Program Diploma dan Bacelor (Tahun dua dan ke atas sahaja).

 

Pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Pelekat Kenderaan Pelajar (PEND/BKU/BR01/PELEKAT02). Pemohon dikehendaki mendapat pengesahan daripada Dekan atau Pegawai Tadbir Fakulti atau Pengetua atau Pengurus Kolej masing-masing. Semasa membuat permohonan pelekat kenderaan, pemohon dikehendaki membawa bersama-sama:-

a) Kad Matrik Asal
b) Lesen Memandu Asal 
c) Salinan Geran Kenderaan

d) Surat pengesahan pemilikan kenderaan (sekiranya penama geran tidak sama dengan nama pemohon).

 

Kemaskini:: 12/09/2018 [mi_nidzam]

PERKONGSIAN MEDIA

B1566386911