Bahagian Keselamatan menawarkan khidmat pengiringan kenderaan kepada tetamu jemputan (VIP) UPM yang menghadiri sesuatu aktiviti atau program yang diadakan dalam kampus UPM. Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap Borang Permohonan Pengiringan (OPR/BKU/BR01/IRING) dalam dua salinan dan dikemukan ke Bahagian Keselamatan tiga (3) hari sebelum aktiviti dijalankan.